Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, sepanjang PKP, orang ramai diyakini sudah mempunyai pengetahuan asas mengelak daripada dijangkiti COVID-19.
Tidak perlu menjadikan sesuatu isu itu terlalu kompleks dan sukar dilaksanakan jika masing-masing faham tentang asas-asas jangkitan.