Kebiasaanya bulan Ramadan akan lebih meriah dengan kehadiran bazar yang menjual pelbagai juadah makanan untuk umat islam berbuka puasa.
Namun, tahun ini agak berbeza kerana Malaysia harus menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Oleh itu, cabang e-Dagang Astro, GoShop melancarkan Ramadan e-Bazaar untuk membantu perniagaan makanan dan minuman tempatan, dan saluran khas (Astro saluran 111) untuk para pelanggan.
Untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara ni kita bersama pengacara GoShop, Rai melalui Skype.