Ketupat palas "frozen" Hutan Kampung laris ketika PKP

2022-03-18 0

Tempoh penguatkuasaan PKP dilaporkan banyak beri impak kepada pengusaha PKS khususnya dari segi jualan dan aliran tunai.
Namun, cabaran ini dilihat satu pembuka rezeki baru bagi Pengusaha Ketupat Palas Sejuk Beku Hutan Kampung, Che Non Ahmad.
Che Non Ahmad, 50 tahun menyifatkan PKP khususnya menjelang musim perayaan beri limpahan rezeki buat perniagaannya.
Mana tidaknya, permintaan terhadap ketupat palas sejuk beku yang diusahakannya kini meningkat sekali ganda berbanding yang dicatatkan pada Ramadan 2019.