Sehingga 28 April, 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sarawak khususnya di luar bandar telah menerima bantuan makanan asas Sarawakku Sayang.
Penerima bantuan yang diwakili oleh Ketua Isi Rumah (KIR) adalah dari penduduk pedalaman, miskin bandar serta golongan hilang punca pendapatan akibat PKP.
Bukan itu sahaja, sejumlah RM16.4 juta peruntukan dari kerajaan negeri digunakan untuk tujuan itu.