KKM pergiat aktiviti pengawasan di dalam komuniti

2022-03-18 0

Aktiviti pengawasan sememangnya bertindak sebagai sistem pengesanan awal (early detection) dan sistem amaran awal (early warning) bagi penularan COVID-19 di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pihak KKM akan terus menjalankan aktiviti pengawasan COVID-19 di Malaysia walaupun selepas PKP ditamatkan, di mana aktiviti ini akan terus dimantapkan lagi termasuk di sektor swasta dan melibatkan pelbagai zon.