Tempoh bertenang selama seminggu bermula esok akan berkuatkuasa di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Ia susulan keputusan telah dibuat kerajaan pusat semalam yang bersetuju menamatkan PKPD di dua kampung tersebut pada hari ini.