Walaupun impak COVID-19 memberi kesan negatif dalam pelbagai aspek khususnya ekonomi dan kesihatan namun terdapat beberapa perkara yang bertukar positif.
Kalau dahulu hidup tidak tentu arah, beratapkan langit berbantalkan lengan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun kini golongan gelandangan dapat melalui kehidupan yang lebih teratur.