Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima kira-kira 300,000 permohonan permit pergerakan antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 12 jam melalui aplikasi Gerak Malaysia.
Daripada jumlah itu, 100,000 individu memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman... Dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan pengisytiharan PKP.