Kawalan sempadan negara terus diperketat, diperhebat - Ismail Sabri

2022-03-18 1

Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ terus diperhebatkan dan diperketatkan.