Penduduk di Taman Sri Murni Fasa Dua, Selayang hanya menerima bekalan makanan pada hari ketiga lepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan tersebut sejak 20 April lalu.
Menurut salah seorang penduduk Muhamad Khairul Azwan Roslan, mereka mula menerima bekalan bahan mentah seperti beras, minyak, tepung, sayur-sayuran dan sardin pada hari ke tiga dan ke empat selepas PKPD dikuatkuasakan.