Kerajaan membenarkan pergerakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta bermula Isnin ini secara berperingkat.
Pelajar yang dihantar pulang perlu terlebih dahulu menjalani saringan gejala COVID-19.
Bersama di Skype Mohd Fitri Bin Zulkaffli, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang bagi berkongsi kisahnya yang kini masih lagi berada di kampus.