Kementerian Kesihatan setakat ini tidak menerima sebarang maklumat berhubung kematian rakyat Malaysia di Dubai, yang didakwa berkait dengan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian tersebut bagaimanapun akan bekerjasama dengan kementerian luar bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung perkara itu.