Kerajaan telah arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan bagi memastikan pengagihan bekalan makanan di kawasan PKPD Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur diselesaikan segera.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu pengagihan makanan di kawasan berkenaan seperti mana yang ditularkan sebelum ini.