Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK) Dominic Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19.
Hishammuddin berkata perbincangan menerusi telefon bersama Raab yang juga merupakan Setiausaha Luar UK itu turut menyentuh kepentingan serantau termasuk ASEAN dan Komanwel.