Padah berpesta air ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP, 41 lelaki warga Myanmar didenda maksimum RM1000 oleh Mahkamah Majistret Sepang.
Majistret A. Akhiruddin Boy Akho menjatuhkan hukuman tersebut selepas kesemua mereka mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.