Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menambah aset laut dan udara bagi meningkatkan penguatkuasaan PKP di seluruh perairan negara.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah / Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly, objektifnya untuk menyekat jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan merah sepanjang Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.