Semua pihak perlu dapatkan kebenaran untuk buat kerja amal - KPN

2022-03-18 1

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum membuat sebarang kerja amal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, semua pihak yang mahu melakukan kerja amal perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.