Menurut kajian, 14 kes daripada kluster Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas) berpunca daripada jangkitan daripada komuniti yang kemudian merebak di dalam hospital tersebut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Tambahnya, 10 kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di sebuah kilang di Pasir Gudang juga melibatkan jangkitan komuniti yang seterusnya merebak dalam kalangan pekerja kilang.