Pihak polis berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar PKP - Ismail Sabri

2022-03-18 0

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti apa yang tertakluk di bawah Akta 342.

Tambahnya, tiada siapa yang patut berbangga dalam melakukan kesalahan kerana akhirnya mereka akan dikenakan tindakan.