Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat 15 April iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, didapati jumlah kenderaan masih banyak di jalan raya. Jelasnya, ini disebabkan terdapat kenderaan yang tidak terlibat dengan perkhidmatan penting yang ambil kesempatan untuk bekerja tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).