Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga telah menerima 135 panggilan mengenai keganasan rumah tangga.
Dalam masa sama katanya, SKMM dan PDRM telah membuka 220 kertas siasatan berkaitan berita palsu dan daripada jumlah tersebut, 152 kes dalam siasatan, 24 kes dituduh di mahkamah manakala 13 individu mengaku bersalah.