Jururawat Thomson Hospital, Nor Hafizah Mohd Mutiar berkongsi pengalamannya telah berjauhan hampir sebulan dengan anak-anaknya demi menjalankan tugas sebagai barisan hadapan.
Beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya yang juga barisan hadapan supaya kuat semangat dan mohon supaya mereka yang bergejala atau mempunyai kontak rapat #COVID19 supaya tidak menyembunyikan maklumat penting itu ketika membuat pemeriksaan di hospital.