Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2020 dibatalkan, kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin. Dalam pada itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah penilaian baharu yang tidak tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.