Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada Selasa. Langkah itu bagi menyelesaikan masalah penjarakan sosial di penjara.
Terdahulu, beliau memberitahu, sebanyak 799 sekatan jalan raya dan 545,182 kenderaan dilakukan pada Selasa. Seramai 612 individu ditahan kerana ingkar PKP merangkumi 590 individu direman dan 15 dibebas dengan jaminan polis manakala 337 individu dituduh di mahkamah.