Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak US$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah inisiatif pemulihan aset kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.