Dengan berbekalkan 13,000meter kain non-woven, Universiti Utara Malaysia ambil inisiatif menyediakan sekurang kurangnya 6,000 Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang akan dijahit untuk diserahkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Jelas Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM, Prof. Dr Razamin Ramli, kain non-woven tersebut disumbangkan sendiri pihak HSB kepada uum bagi proses jahitan.