PKP berjaya kawal jangkitan COVID-19

2022-03-18 0

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga terbukti berjaya mengawal penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan model JP Morgan, kira-kira 6.300 kes dijangka direkodkan di Malaysia pada 14 April ini.

Namun demikian katanya, Malaysia dilihat berjaya mengawal angka itu dengan setakat Isnin ini dengan 4,817 kes.