Akibat tampar anak, bapa dihukum penjara 6 bulan

2022-03-18 0

Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menampar dua anaknya selepas berang anak sulungnya tidak mahu membuat semakan sama ada wang bantuan sudah diterima atau belum.

Keputusan itu dilakukan Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas tertuduh berusia 41 tahun itu mengaku bersalah.