Kerajaan Negeri Melaka menyeru mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti-parti politik untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyampaikan sumbangan kepada individu terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, tindakan sesetengah pihak yang ingkar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik wabak COVID-19.