COVID-19: RM200 juta bantu 33,000 usahawan mikro

2022-03-18 0

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui tekun nasional menyalurkan RM200 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan (Rakyat Prihatan PKS) kepada usahawan mikro yang terjejas perniagaan mereka akibat penularan COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan pada Khamis, memaklumkan Tekun Nasional mewujudkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) bagi menyalurkan peruntukan ini.