Perusahaan mikro dan PKS perlu rebut peluang inisiatif Tekun Nasional

2022-03-18 0

Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan mikro harus merebut peluang inisiatif Tekun Nasional yang menyediakan skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10 ribu setiap syarikat.

Ia sebagai langkah kerajaan membantu pengusaha ini terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Antara keistimewaan skim ini ialah ia ditawarkan tanpa faedah dengan dana sebanyak RM200 juta.