Menurut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan jumlah tangkapan setakat 7 April 2020 iaitu 453 individu berbanding 403 pada hari sebelumnya. Kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan lebih tegas akan dikenakan tanpa kompromi bagi mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).