Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya mengurangkan kira-kira 50 peratus jumlah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai kesihatan awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, berdasarkan model JP Morgan, kira-kira 6.300 kes dijangka direkodkan di Malaysia pada pertengahan April.
Sementara itu, model Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) katanya, turut meramalkan jumlah kes yang lebih tinggi iaitu lira-kira 8,900 kes dalam tempoh yang sama.