Ketiga-tiga contoh syarikat PKS yang digunakan Perdana Menteri semasa pengumuman bantuan kepada sektor perniagaan menerusi Langkah Tambahan PRIHATIN hanya mampu bertahan dalam masa sebulan, jika ketiga-tiga syarikat itu tidak melakukan pinjaman bank untuk dapatkan bantuan tunai.
Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata berdasarkan anggaran beliau, ketiga-tiga syarikat itu masih sukar untuk kekal bertahan jika PKP dilanjutkan lagi.