Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi di semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah agar proses sanitasi di setiap lokap dijalankan setiap hari.