Polis Diraja Malaysia, PDRM menerima data rangkaian penularan COVID-19 melibatkan kira-kira 40,000 individu termasuk yang dikaitkan dengan kluster tabligh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Data berkenaan akan digunakan pasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi mengesan mereka yang berkemungkinan terlibat dengan jangkitan wabak itu.