Pensyarah (Penyelaras Jaringan Industri), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Shahariah Norain Shaharuddin berkata, setiap hari pensyarah dan alumni universiti tersebut berjaya menghasilkan 100 unit PPE dan semua penyediaan PPE itu akan dipantau oleh Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Selain itu, UMK turut menyediakan cecair pembasmi kuman dan topeng hidung dan mulut malah pada masa hadapan akan menyediakan tabung-tabung untuk keperluan bantuan lain.