Sekumpulan pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, UMK mengambil inisiatif memulakan projek amal menjahit Pakaian Perlindungan Diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital di negeri itu.
Usaha didorong perasaan simpati melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit PPE mereka sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi sedangkan mereka bergelut tanggungjawab merawat dan menyelamatkan pesakit.
Bersama di talian melalui Skype salah seorang pensyarah UMK yang terlibat dengan usaha murni ini.
Beliau ialah, pensyarah yang juga Penyelaras Jaringan Industri, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK, Shahariah Norain Shaharuddin.