Tiga beranak termasuk bapanya yang sakit tua berumur 101 tahun di Kampung Perasu, Gua Musang, Kelantan terpaksa mengikat perut kerana kehabisan wang belanja dan barangan makanan.
Keadaan itu berlaku selepas lebih seminggu pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penularan COVID-19 bermula 18 Mac lalu.