Singapura cecah 1,000 kes positif COVID-19, 245 pesakit pulih

2022-03-18 0

Singapura mencatatkan kematian keempat akibat jangkitan COVID-19 melibatkan seorang lelaki Indonesia berusia 68 tahun.
Kementerian Kesihatan (MOH) Republik ini dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pesakit berkenaan meninggal dunia pada pukul 6.43 pagi ini selepas tujuh hari dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu, Singapura mencatatkan kes positif COVID-19 ke-1,000 dengan pertambahan 74 kes baharu, termasuk 20 kes import dan 54 lagi kes tempatan.
Kes jangkitan tempatan turut membabitkan seorang wanita rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang merupakan pemegag pas kerja Singapura dan tidak mempunyai kontak dengan sebarang kes terdahulu.