Kes kematian akibat wabak COVID-19 kini meningkat ke angka 15 selepas seorang lelaki yang merupakan kes ke 1519 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 5.35 pagi tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya memberitahu, lelaki usia 71 tahun itu mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.