Dua mayat tertimbus sah ditemui, operasi pencarian dihentikan

2022-03-18 0

Operasi Mencari dan Menyelamat insiden tanah runtuh di kaki Gunung Jerai, Kedah dihentikan jam satu 15 tengahari tadi.
Ini selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah menemui dua mayat mangsa.
Mangsa pertama Roslan Saidin, 52 tahun, ditemui pada jam 10.49 pagi manakala mangsa kedua Md Noor Shaari, 68 tahun ditemui jam 12.53 tengahari.