Wajib bayar gaji pekerja meskipun premis ditutup

2022-03-18 0

Majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 Mac.
Menurut Peguam Sumber Manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.