Kerajaan negeri Terengganu mengarahkan kesemua hotel di negeri itu menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 kepada para pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata saranan itu sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.