Polis menumpaskan sindiket penipuan pinjaman tidak wujud hasil serbuan dalam Op Seagull di Jalan Setapak dan Jalan Off Genting Klang 3 hari lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan itu polis menangkap 22 suspek bersama barang kes yang digunakan bagi memperdaya mangsa.