Kementerian Kesihatan meminta semua pihak mengambil inisiatif melakukan penjarakkan sosial bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, usaha itu merupakan langkah awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada terdedah jangkitan virus berkenaan.