Seorang pekerja kilang keropok terlepas hukuman gantung apabila ditawarkan pertuduhan pilihan daripada mengedar kepada memiliki dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin.
Tertuduh, Ismail Ahmad, 39 tahun dijatuhi hukuman penjara 13 tahun serta 23 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki tiga jenis dadah iaitu kanabis, heroin dan methamphetamine.