Minuman keras dan rokok seludup, bernilai lebih setengah juta ringgit dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Gambaron, Telupid, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, tiga lelaki berusia 40 hingga 60 tahun disyaki pemilik premis menjual barangan seludup itu bersama dua pekerjanya turut diberkas.