Hanya seorang daripada empat tertuduh dalam kes tembak jatuh pesawat MH17 akan diwakili oleh peguam belanda, pada prosiding perbicaraan yang akan bermula Isnin ini.
Pegawai Kehakiman Media, Mahkamah District The Hague, Yolande Wijnnobel, berkata mahkamah tidak boleh mendedahkan nama tertuduh dan peguam yang akan mewakilinya.