Pelajar hilang ketika mandi sungai ditemui lemas

2022-03-18 0

Pelajar tingkatan 2, yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama dua rakannya di Jeti Kampung Bintangor, Kuching, petang Jumaat, ditemui lemas malam tadi.
Mayat mangsa, Justin Cornelius Philip, 14 tahun, ditemui pada 10.47 malam oleh anggota penyelam Pasukan Polis Marin (PPM) berdekatan lokasi terakhir dia dilihat pada 5.30 petang.

Free Traffic Exchange